Latar belakang Perang Goth (535-554)

Itali di bawah kuasa Goth

Pada tahun 476, Empayar Rom Barat digulingkan ketika Odoaker menggulingkan Maharaja Romulus Augustus dan menobatkan dirinya sendiri sebagaiRex Italiae("Raja Itali"). Walaupun ia mengakui kekuasaan dari Maharaja Byzantine, Zeno, polisinya mengenai kemerdekaan dan peningkatan kekuatannya membuat Kerajaan Ostrogoth menjadi ancaman di mata Konstantinopel. Pada masa ini, Ostrogoth, di bawah kepimpinan Theodoric, selain hidup sebagaifoederatidari empayar di kawasan-kawasan Balkan Barat juga mulai menumbuhkan bibit-bibit pemberontakan. Zeno memutuskan untuk "membunuh dua burung dengan satu batu", dengan menghantar kaum Ostrogoth ke Itali untuk menggulingkan Odoaker, dan Italiapun menjadi wilayah kekuasaan Goth. Walaupun demikian, sesuai dengan kesepakatan sebelumnya dengan Theodoric, Zeno dan penerusnya Anastasius I, wilayah Itali dan penduduknya dianggap sebagai sebahagian daripada Empayar Byzantine, sedangkan Theodoric hanya berfungsi sebagai wakil kerajaan (Viceroy ) dan ketua urusan tentera ( magister Militum ). Perjanjian ini sudah diteliti oleh Theodoric: pentadbiran tetap berjalan seperti biasa dan hanya dijalankan secara eksklusif oleh warga negara Romawi, dan perundangan tetap menjadi hak prerogatif Maharaja. Di masa yang sama, angkatan bersenjata tetap dikhususkan bagi orang-orang Goth, yang diketuai oleh kepala-kepala suku mereka sendiri, lengkap dengan pengadilannya sendiri. Kedua-dua suku ini lebih jauh dipisahkan oleh agama: penduduk Rom menganut aliran Khalsedon, sedangkat orang-orang Goth menganut aliran Arian, meskipun demikian, tidak seperti suku Vandal atau angkatan Visigoth awal, toleransi beragama telah dijalankan. Dual Systemyang rumit ini berjalan dengan berkesan di bawah kepimpinan Theodoric yang kuat, yang mengetahui bagaimana cara menjalankan dasar sendiri, tanpa mengasingkan aristokrat-aristokrat Rom. Namun, sistem ini mula berpecah belah pada tahun-tahun akhir kekuasaannya dan runtuh sepenuhnya di tangan pengganti-penggantinya.

Mozek Justinian I di Gereja San Vitale, Ravenna .

Dengan kenaikan Justinian I, berakhirnya Perpecahan Acacius, dan kembalinya persatuan eklesik dengan Rom Timur, beberapa ahli aristokrat senat Itali mula mendekatkan diri dengan kekuasaan Konstantinopel untuk menyeimbangkan dominasi bangsa Goth. Penggulingan dan pembunuhanmagister officiorumBoethius dan mertuanya pada tahun 524 merupakan salah satu gejala dari bermulanya pengasingan kasta mereka dari rejim Goth. Ketika Theodoric mangkat pada Ogos 526, tampuk kuasa dilanjutkan oleh cucunya Athalaric. Memandangkan bahawa ia masih seorang bayi, kerusi tertinggi kerajaan untuk sementara dipegang oleh ibu Athalaric, Amalasuntha, yang telah mendapatkan pendidikan ala Romawi dan memulakan dasar rekonsiliasi dengan Senat dan empayar. Dasar-dasar ini, dan usahanya mendidik Athalarik dengan gaya Rom, menimbulkan ketidaksenangan di kalangan pemimpin Goth, yang memulakan plot-plot keras melawan Amalasuntha. Melihat bahaya ini, Amalasuntha mengeksekusi tiga konspirator, dan pada masa yang sama, menulis surat kepada maharaja baru, Justinianus I, dan meminta suaka politik jika ia terpaksa untuk meninggalkan Itali. Kendati demikian, Amalasuntha tetap menjadi pemimpin Itali, walaupun selepas kematian sang anak pada 534. Dalam mencari sokongan, ia memilih sepupunya Theodahad untuk diangkat sebagai raja. Langkah ini merupakan langkah yang cukup fatal, kerana kemudian Theodahad menangkap Amalasuntha dan pada awal tahun 535 mengeksekusinya.

Polisi dan persiapan Justinian

Pada tahun 533, dengan memanfaatkan pertikaian Dinasti, Justinian menghantar panglimanya yang paling berbakat, Belisarius, untuk mengembalikan wilayah-wilayah Afrika Utara dari tangan suku Vandal. Perang Vandal menghasilkan kemenangan yang cepat dan penting bagi Empayar Byzantine. Selama perang ini, Amalasuntha telah membenarkan armada Byzantine untuk menggunakan pelabuhan-pelabuhan di Pulau Sicily, yang dikuasai oleh Kerajaan Ostrogoth, sebagai daerah pangkalan operasi. Lewat agen-agen, Justinianus berusaha untuk menyelamatkan nyawa Amalasuntha, tetapi gagal. Kematiannya, dalam keadaan apapun, memberikan alasan yang sempurna untuk memulakan peperangan. Seperti yang ditulis oleh Procopius: "tak lama setelah ia [Justinianus] mendengar apa yang terjadi pada Amalasuntha, pada tahun kesembilan kekuasaanya, ia memasuki kancah peperangan."

Belisarius dilantik sebagai panglima angkatan bersenjata (stratēgos avtokratōr) ekspedisi melawan Itali dengan kekuatan 7,500 tentera, sedangkan Mundus,magister Militum pada Illyricum, ditugaskan untuk menduduki Dalmatia. Harus diperhatikan disini bahawa kekuatan pasukan pimpinan Belisarius relatif jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan saat ia melawan suku Vandal, musuh yang jauh lebih lemah berbanding suku Ostrogoth. Persiapan operasi ketenteraan dilaksanakan dalam kerahsiaan penuh, sambil Justinianus cuba mengamankan berkecuali suku Franka dengan memberi mereka hadiah berupa emas.